Monday, November 15, 2010

wangian-wangian.

Cerita Minyak Wangi selain Minyak angin cap kapak.
korng nk tau x, minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain dari tu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi. So,rajin2 la mndi tau pasni...next..
Haruman 2 lebih tahan lama kalo disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru, faham??

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya korng menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan. wat penat je korng bli minyak wangi yg mahal je kn kalo mcm ni.bek pakai minyak angin cap kapak je.


Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. kalo dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik.tp jgn la letak dlm peti besi plak.da susa plak nk bukak nnti ble korng nk pkai. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya.lg 1, jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan. yla.minyak wangi ni kn beracun..tmsok dlm mknn,xpasal2 KO....;)



Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?

Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu korng beli minyak wangi di soping komplex, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila bawak balek.




Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.
Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan.







Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, bila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.
Setiap org mempunyai bau badan yg tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Orang lain mungkin sesuai dengan haruman yangg digunakan tetapi kita tidak.

















INI SAHAJA LA BEBERAPA PEKARA YG KITE PERLU TAU PASAL MINYAK WANGI.......SO...Beli la yg btol2 sesuai dgn korng...


















No comments:

Post a Comment